Cargas Cafe Bayan Lepas
Kali ini saya kongsikan azam baru, iaitu tempat makan yang sedap di Penang patut anda pergi tahun 2016. Ini berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh beberapa rakan kami yang tinggal di Pulalu Pinang dan cadangan pembaca.
Jika anda mempunyai senarai tempat makan yang sedap di Penang, jangan lupa untuk kongsi juga bersama kami. Mungkin ianya akan menambah lagi bilangan kedai yang patut diterjah tahun 2016 untuk pembaca lain juga.
Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini. Apa yang disyorkan kami di sini adalah ‘Serabai’. Makanan sarapan yang unik di astaka ini.Serabai? Tidak pernah dengar, ini lagilah menyebabkan anda wajib mencubanya pada tahun 2016 ini. Anda boleh juga mencuba roti canai di sini. Tidak mengecewakan dan sedap.
Nasi Kandar jer kalau mai Penang ni kena try
Kepada yang ingin mencuba nasi lemuni, Astaka Taman Tun Sardon
juga menyediakannya.
Mungkin
ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka
yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing.
Apa yang istimewa? Kari ikan, sotong sambal dan ayam gorengnya.
Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk suda tiada. Kari
ikan pari/atau gulai ikan parinya antara menu yang wajib anda ambil. Ayam
gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.